Tuesday, September 14, 2010

HITAM SEPERTI ARANG

Kadang-kadang aku rasa hati aku hitam seperti arang
Tak ada secalit warna putih di situ
Tak ada warna-warna pelangi di situ

Warna hitam arang itu sangat huduh
Seperti juga sifatku
Sukar memaafkan salah orang

Benar kata dia
Jiwa aku tidak kuat
Hati aku tidak kental

Aku mahu jadi kuat
Aku mahu jadi hebat
Tapi aku tidak mampu

Aku perlukan kayu yang kuat untuk menampung aku
Mahu kah kawan, kau jadi kayu itu?

ANAK CIK BAT DOT BLOGSPOT DOT COM

Aku budak baru kat sini.
Boleh panggil aku anak cikbat.
Cikbat tu ayah aku.
Dan aku, adalah anak beliau.

Salam perkenalan dari aku.