Kadang-kadang aku rasa hati aku hitam seperti arang
Tak ada secalit warna putih di situ
Tak ada warna-warna pelangi di situ
Warna hitam arang itu sangat huduh
Seperti juga sifatku
Sukar memaafkan salah orang
Benar kata dia
Jiwa aku tidak kuat
Hati aku tidak kental
Aku mahu jadi kuat
Aku mahu jadi hebat
Tapi aku tidak mampu
Aku perlukan kayu yang kuat untuk menampung aku
Mahu kah kawan, kau jadi kayu itu?